Thursday, January 24, 2013

SAYA WANITA MATERIALISTIK


Assalamualaikum, jawab sayang, tak jawab POYO :D

Semestinya  ada yang tak terkejut atau ada yang terkejut atau ada yang buat buat tekejut dengan tajuk tu, okay tak pelaaah..pedulikan tajuk yang POYO tu..saya percaya, hampir semua orang atau seluruh  manusia  kat dunia ne berpandangan negatif terhadap wanita materialistik. Tapi saya tak. Saya memandang wanita wanita dari golongan ini dengan penuh minda yang terbuka dan tenang..wah positifnya saya.

Untuk dijadikan cerita, kawan aku yang satu ne, ada tanya, “Yanie, salahkah aku jadi perempuan materialistik? “ okay jawapannya,  adalah, TIDAK!!

Dalam islam pun ada menggalakkan para golongan lelaki mahupun perempuan untuk mencari pasangan hidup dari empat aspek, pertama dari Agamanya, kedua dari akhlaknya, ketiga dari rupa parasnya, dan yang keempat dari harta bendanya. Mesti hairan kan, kenapa Islam meletakkan garis panduan mencari pasangan di mana salah satunya mementingkan aspek harta benda.

Secara positif , rasional dan lagi bernasnya, harta benda dititikberatkan kerana, takkanlah nak cari bakal pasangan terutama calon suami dari golongan fakir miskin? Kan setelah berkahwin, suami bakal menjadi khalifah dalam sesebuah keluarga, nak bagi nafkah kat keluarga..besar tanggungjawapnya. Takkanlah isteri nak bagi nafkah kot..apalah erti sesebuah rumah tangga yang dibina kalau hanya mampu membawa kepada masalah kepada diri sendiri mahupun orang lain.. 

kalau diberi pilihan, antara dua lelaki yang mempunyai sama peribadi, sama kacak, agama pun boleh tahan, perbezaan hanya taraf dan kedudukan, seorang miskin dan yang satu lagi kaya..saya tak salahkan mana mana perempuan yang memilih lelaki yang kaya tadi. sebab untuk masa depan dia juga kan? memang lah jodoh, rezeki, kematian dan lain lain tu kuasa Allah SWT.

apa yang saya nak highlight-kan adalah, para para sekalian kumpulan manusia yang memandang hina kepada golongan materialistik ne, bertaubatlah kak jenab, kak bedah mahupun abang salleh..mereka ne cuma berfikiran lebih terbuka dan memandang jauh kehadapan terhadap masjid dan keluarga kecil yang mereka bakal bina suatu hari nanti. okay masalah cinta ikhlas atau tidak sebab harta tu, saya tak nak sentuh..sebab sejauh mana keikhlasan hati manusia, hanya yang Maha Esa saja yang tahu :D

salam sayang dariku, gossip curl *bajet gossip girl laa tu 
XOXO

suka like . tak suka komen :) hikhik