Assalamualaikum, jawab sayang, tak jawab POYO :D
Semestinya ada yang tak terkejut atau ada yang terkejut
atau ada yang buat buat tekejut dengan tajuk tu, okay tak pelaaah..pedulikan
tajuk yang POYO tu..saya percaya, hampir semua orang atau seluruh manusia
kat dunia ne berpandangan negatif terhadap wanita materialistik. Tapi
saya tak. Saya memandang wanita wanita dari golongan ini dengan penuh minda
yang terbuka dan tenang..wah positifnya saya.
Untuk dijadikan
cerita, kawan aku yang satu ne, ada tanya, “Yanie, salahkah aku jadi perempuan
materialistik? “ okay jawapannya,
adalah, TIDAK!!
Dalam islam pun
ada menggalakkan para golongan lelaki mahupun perempuan untuk mencari pasangan
hidup dari empat aspek, pertama dari Agamanya, kedua dari akhlaknya, ketiga
dari rupa parasnya, dan yang keempat dari harta bendanya. Mesti hairan kan,
kenapa Islam meletakkan garis panduan mencari pasangan di mana salah satunya
mementingkan aspek harta benda.
Secara positif ,
rasional dan lagi bernasnya, harta benda dititikberatkan kerana, takkanlah nak
cari bakal pasangan terutama calon suami dari golongan fakir miskin? Kan
setelah berkahwin, suami bakal menjadi khalifah dalam sesebuah keluarga, nak
bagi nafkah kat keluarga..besar tanggungjawapnya. Takkanlah isteri nak bagi
nafkah kot..apalah erti sesebuah rumah tangga yang dibina kalau hanya mampu
membawa kepada masalah kepada diri sendiri mahupun orang lain..
kalau diberi pilihan, antara dua lelaki yang mempunyai sama peribadi, sama kacak, agama pun boleh tahan, perbezaan hanya taraf dan kedudukan, seorang miskin dan yang satu lagi kaya..saya tak salahkan mana mana perempuan yang memilih lelaki yang kaya tadi. sebab untuk masa depan dia juga kan? memang lah
jodoh, rezeki, kematian dan lain lain tu kuasa Allah SWT.
apa yang saya nak
highlight-kan adalah, para para sekalian kumpulan manusia yang memandang hina
kepada golongan materialistik ne, bertaubatlah kak jenab, kak bedah mahupun
abang salleh..mereka ne cuma berfikiran lebih terbuka dan memandang jauh kehadapan
terhadap masjid dan keluarga kecil yang
mereka bakal bina suatu hari nanti. okay masalah cinta ikhlas atau tidak sebab harta tu, saya tak nak sentuh..sebab sejauh mana keikhlasan hati manusia, hanya yang Maha Esa saja yang tahu :D
salam sayang dariku, gossip curl *bajet gossip girl laa tu
XOXO
No comments:
Post a Comment