Wednesday, October 9, 2013

terbuka hati . terbuka blog . terbuka minda

Assalamualaikum :)

Agak lama membiarkan warkah, kalam, buah fikiran yang sudah kusam ini. DRAMATIK! wuhuuuu~ al-maklum, apabila anda sudah bergiat dengan banyak kerja luar, kuliah, komitmen kerja, anak, laki, bini, dan macam-macam lagi, hobi yang menjadi pengisi masa lapang ini agak sukar diselitkan dalam akiviti harian. al-maklum sekali lagi, tiada masa lapang. atau should I say, takde masa lapang :)

Apa-apa pun, bila baca balik nukilan lama, tengok-tengok, belek-belek, sengih-sengih dan eeeeh-eeeeeeh eeeeh-eeeeh..rindu pula waktu zaman-zaman kegilaan blog, sampai sanggup bangun tengah malam semata-mata nak kongsi buah fikiran. Tiba-tiba pulak timbul kesedaran yang, kehidupan ne tak kekal, apa yang kita ada dulu takkan kekal hingga kini, apa yang kita ada sekarang mungkin takda untuk esok. Takpe lah Kak Bedah. Inilah kehidupan, kematangan akan mengajar segala-galanya. dan pengalaman. dan juga kesilapan. dan mungkin mak kiterr pun ada ajar sikit. mungkin banyak. bapa kiter pun laaa. okay mungkin nenek, atuk, pak cik mak cik, cikgu BM, BI, Maths bla bla bla bla bla *merapu

Pedulikan semua tu, yang penting, apa-apa yang penting utamakan. apa yang kurang penting kurang utamakan. kepentingan tu bergantung dengan individu masing-masing. dan kepentingan setiap individu tu berubah mengikut masa, umur, ketika, keperluan dan lain-lain. macam blog ne. terbang mengikut masa. harap-harap tak sesat. HEHE

hingga ketemu lagi, Adios Amigossssssss
XOXO :)

suka like . tak suka komen :) hikhik

Wednesday, February 27, 2013

suara romantik berbisik

assalamualaikum dan salam satu romantik,  hehe :3

okay mungkin ramai yang agak menyampah atau tertanya tanya dengan kandungan atau intipati entri pada kali ne. waaah nampaknya bahasa melayu aku pada hari ini agak lancar. tak tahu lah semenjak hati terbuka nak ber-blog balik ne, bila nak merepek atau berkongsi pendapat di blog ne, susah sangat nak buat ayat. macam entah laa. bagi yang nak tahu atau tak nak tahu, aku dah berbelog ne sejak aku tingkatan 3, tapi aktif waktu tingkatan 5 dan berfikir nak tinggalkan dunia belog ketika umur aku 19 tahun..hehee..kenapa entri sikit jer? banyak aku dah buang kak Tijah. 

okay, kenapa dengan suara romantik berbisik? sebenarnya kalau diberikan pilihan antara filem melayu romantik moden dengan yang dulu dulu, aku lebih suka filem romantik dulu dulu..zaman zaman Awie tu, ada Erra, Yusri, Rosyam Nor, Nasha Aziz, dan banyak lagi..okay pendek kata, filem filem lama laa..bagi aku la kan, memang takdinafikan filem romantik zaman sekarang agak maju dan tak kurang hebatnya, tetapi jika dibandingkan, filem filem dahulu lebih memberi impak maksima laa, walaupun kurang babak babak romantik, seperti peluk peluk, ataupun babak makan malam bersuap suap semua tapi kalau romantik tu, romantik juga walaupun hanya bertentang mata, babak sedih tu, sedih juga walaupun yang hanya nampak mata pelakon menangis, ataupun kalau babak babak marah tu rasa geram jerr, benci benci benci..*amboi!! kenapa agaknya? 

Tiga faktor yang aku dapat simpulkan kenapa filem romantik zaman dahulu lagi romantik dari filem sekarang. 
  • pertama, penggunaan kata kata, sangat bertatabahasa, dramatik, kosa kata pun agak agak laa juga..kadang kadang tu sampai tak faham..
  • kedua, pelakon dia cakap sikit jer, yang banyak cakap dalam hati, seperti kebiasaan benda paling dekat dengan kita, bercakap dalam hati..apa apa benda kita buat, cakap dalam hati..
  • ketiga, nada yang perlahan, suara serak serak sikit sebab guna nada rendah. dari tiga faktor tersebut aku pendekkan dan simpulkan lagi menjadi suara romantik berbisik..hehe 

setakat ne saja pendapat aku mengenai filem romantik melayu yang bersuara romantik berbisik..salam sayang, bye ! terima kasih kerana sudi membaca :)

suka like . tak suka komen :) hikhik

Thursday, February 21, 2013

siapa guru awak ? awak seorang guru ?

Assalamualaikum dan salam Jumaat :3

okay mungkin agak skema dan agak agak agak juga lah tajuk post di atas, tapi hapeee akuh peduli, pedulikan ! upss bukan marah, saja jak gedik sikit . hehe.

okay, baru baru ne, aku ada ikut seminar Jiwa Guru anjuran kampus kitorang, memang best. tengah tengah dengar seminar tu, ada lah satu penceramah ne, memang berpengalaman dalam perihal keguruan. tengah tengah penceramah ne berceramah, ookay, mungkin banyak sangat tengah, tapi ketengah dan ketepikan hal tengah tengah tu, ada laa sepotong ayat yang dia cakap yang cukup menarik perhatian aku. "setiap orang bermula dari seorang guru" Betul!! sangat sangat betul. cakap mana mana pekerjaan pun, memang bermula dari seorang guru.

tapi bukan itu benda yang terbuku di hati ne, sebenarnya aku nak berkongsi pendapat dan buah fikiran mengenai hal "guru-berguru" ne. bagi aku, semua orang di dunia ne secara langsung ataupun tak, masing masing ada guru masing masing. tak kira lah dalam bidang apa pun. apa yang awak jadi atau apa yang awak ada sebenarnya adalah hasil daripada dengan siapa awak berguru. guru tu mungkin boleh dari kalangan kawan, idola, ayah, teman lelaki, kakak angkat, pak Samad, Mak Milah, ataupun Kak Kalsthom *ejaan glamour . apa yang mereka ajar ? tak kisah, mungkin dari benda remeh temeh seperti adat dan sopan. contohnya, lepas awak makan, awak kenyang, lepas tu mengantuk, dan menguap. tetiba teman wanita awak pun tegur "wak, kalau menguap tutup mulut". ataupun untuk benda yang susah, contohnya  awak, awak baru bekerja sebagai seorang pembuat minuman di warung roti canai, untuk hari pertama awak hanya tahu buat milo, lepas tu, pembuat minuman senior pun tolonglah ajar awak buat teh, lepas tu kopi dan lain lain. okay, pendek kata, tak kira lah sekecil atau sebesar mana benda yang kita belajar dengan orang lain dan kita buat benda tu berterusan, orang tu adalah guru kita. mungkin awak juga seorang guru? siapa tahu.

okay aku rasa setakat ne ja yang mampu ditaip, abis mak yang saya sayangi nak guna komputer ne haaa~
kalau ada salah silap harap dimaafkan, kalau rasa ada benda salah betulkan..okay tu jer,terima kasih kerana sudi membaca, salam sayang dariku :3

suka like . tak suka komen :) hikhik

Thursday, January 24, 2013

SAYA WANITA MATERIALISTIK


Assalamualaikum, jawab sayang, tak jawab POYO :D

Semestinya  ada yang tak terkejut atau ada yang terkejut atau ada yang buat buat tekejut dengan tajuk tu, okay tak pelaaah..pedulikan tajuk yang POYO tu..saya percaya, hampir semua orang atau seluruh  manusia  kat dunia ne berpandangan negatif terhadap wanita materialistik. Tapi saya tak. Saya memandang wanita wanita dari golongan ini dengan penuh minda yang terbuka dan tenang..wah positifnya saya.

Untuk dijadikan cerita, kawan aku yang satu ne, ada tanya, “Yanie, salahkah aku jadi perempuan materialistik? “ okay jawapannya,  adalah, TIDAK!!

Dalam islam pun ada menggalakkan para golongan lelaki mahupun perempuan untuk mencari pasangan hidup dari empat aspek, pertama dari Agamanya, kedua dari akhlaknya, ketiga dari rupa parasnya, dan yang keempat dari harta bendanya. Mesti hairan kan, kenapa Islam meletakkan garis panduan mencari pasangan di mana salah satunya mementingkan aspek harta benda.

Secara positif , rasional dan lagi bernasnya, harta benda dititikberatkan kerana, takkanlah nak cari bakal pasangan terutama calon suami dari golongan fakir miskin? Kan setelah berkahwin, suami bakal menjadi khalifah dalam sesebuah keluarga, nak bagi nafkah kat keluarga..besar tanggungjawapnya. Takkanlah isteri nak bagi nafkah kot..apalah erti sesebuah rumah tangga yang dibina kalau hanya mampu membawa kepada masalah kepada diri sendiri mahupun orang lain.. 

kalau diberi pilihan, antara dua lelaki yang mempunyai sama peribadi, sama kacak, agama pun boleh tahan, perbezaan hanya taraf dan kedudukan, seorang miskin dan yang satu lagi kaya..saya tak salahkan mana mana perempuan yang memilih lelaki yang kaya tadi. sebab untuk masa depan dia juga kan? memang lah jodoh, rezeki, kematian dan lain lain tu kuasa Allah SWT.

apa yang saya nak highlight-kan adalah, para para sekalian kumpulan manusia yang memandang hina kepada golongan materialistik ne, bertaubatlah kak jenab, kak bedah mahupun abang salleh..mereka ne cuma berfikiran lebih terbuka dan memandang jauh kehadapan terhadap masjid dan keluarga kecil yang mereka bakal bina suatu hari nanti. okay masalah cinta ikhlas atau tidak sebab harta tu, saya tak nak sentuh..sebab sejauh mana keikhlasan hati manusia, hanya yang Maha Esa saja yang tahu :D

salam sayang dariku, gossip curl *bajet gossip girl laa tu 
XOXO

suka like . tak suka komen :) hikhik