Showing posts with label nasihat. Show all posts
Showing posts with label nasihat. Show all posts

Monday, August 1, 2011

why am i worried about you ?

"aku tak tahu kenapa aku risau..inilah akibat kekurangan EI [emotional intelligence] .tapi mungkin, aku risau sebab aku takut kau sedih..aku takut kau benci aku..well, i know, sesiapa di dunia ne tiada hak untuk menghalang atau men-salah-kan orang lain untuk meng-ekspresikan perasaan masing-masing...yaa..bukan hak aku...tapi yang paling merisaukan adalah..kalau kau menjauh dari aku...sebab, kau penting dalam hidup aku..KAWAN!! kerisauan aku yang seterusnya adalah, jika hati kata benci, kemudian jasad menjauh dari diri ini, musuh pasti akan ber-maharaja lela di sempadan persahabatan kita.,..tenang tenang..aku perlu tenang.."



pembaca yang dihormati sekalian, saya mulakan pembukaan pada entri kali ini dengan salam, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..penyakit hati selalu menjadi salah satu masalah yang dihadapi oleh mana-mana individu.so, sini saya nak bagi tips atau langkah-langkah yang digalakkan oleh Islam..

langkah-langkahnya adalah:
1. berpuasa sunat
2. melakukan qiamulail
3. membaca al-quran
4. berkawan dengan orang alim [minta nasihat, atau banyakkan bertanya jika ada sebarang kemusykilan]
5. banyakkan berzikir

insyallah masalah hati akan beransur kurang..amin~mengenai introduction perenggan pertama yang bertulisan italic tu, mesti korang tertanya-tanya kan? yaaa...ia hanyalah sekadar pengalaman yang pernah saya lalui..dan sedikit perkongsian terhadap topik kali ini..iaitu penyakit hati..saya pasti, mana-mana individu pun pernah melalui benda yang sama..

TEHEEEE.. and <3 my friends and readers..

suka like . tak suka komen :) hikhik

Thursday, July 28, 2011

siapa awak ?

melihat , memerhati, membaca dan mendengar luahan , kata-kata , reaksi manusia mengenai kehidupan membuatkan saya berfikir dan terus berfikir dan berfikir lagi..dan berfikir sehingga saya bosan untuk berfikir..[ayat ku cantik kan ? ] berfikir mengenai siapa diri aku, siapa diri AWAK yang sebenarnya ?

mengenali diri sendiri tidak dapat di-uji melalui ujian, peperiksaan atau apa-apa yang berkenaan dengan kertas dan pen biru atau hitam..atau di-tanda [mark] dengan pen merah..ia-nya mengenai memahami diri sendiri..mengenali sifat diri..mengenali kekurangan dan kelebihan diri..

bercakap mengenai kelemahan dan kekuatan diri bukanlah sesuatu yang harus dimalukan atau dibangga-banggakan atau riak..atau yang sewaktu dengannya..ia-nya mengenai bersyukur dan mengekalkan kelebihan yang ada dan memperbaiki kekurangan yang dimiliki..ooohya, satu lagi konsep yang disalah ertikan ialah...bodoh / berbadan kecil tidak semestinya lemah...pandai / berbadan besar tidak semestinya kuat...bak kata Lisa Surihani dalam show AC di sini,[lebih kurang] "setiap manusia dianugerahkan kelebihan tersendiri..ada yang dianugerahkan otak yang bijak..ada yang dikurniakan kemahiran/bakat..tak semestinya, orang yang kurang berpelajaran tidak boleh berjaya..ada juga yang kaya atau jutawan hasil daripada bakat.."

sebagai contoh..mungkin kita lemah maths...tapi memori kita kuat meng-ingat semua fakta terutama sejarah..atau..mungkin kita gagap dalam komunikasi..tapi kita sangat bagus dalam writing ..atau..mungkin kita gagal SPM..tak semestinya kita tak boleh hidup...jadi miskin lah..bakat terpendam? sapa tahu kita boleh jadi jutawan melalui-nya?

saya kata pula , "pendek kata, pelajaran bukan kayu ukur untuk sesuatu kejayaan..apa yang penting untuk berjaya dalam hidup, atau menjadi kaya raya/ jutawan , atau mencapai cita-cita, atau apa-apa yang nak dikecapi..yang penting sekali lagi saya tekankan adalah usaha yang berterusan tanpa putus asa..kalau kita takda rezeki kat bidang pendidikan..mungkin rezeki luas kat bidang kemahiran" oleh itu, kenali diri..

berbanggalah kita menjadi / dilahirkan dengan apa yang kita ada sekarang..

kelik like jika suka..TEHEEEE
suka like . tak suka komen :) hikhik

Thursday, July 21, 2011

pengajaran yang mengajar

sepanjang berada di dunia impian kedua ibu dan bapa ku, orang putih habaq "living my parents' dream" ne, satu pengajaran yang saya dapat ialah [ya ! saya tahu, ayat sangat skema, ber-tatabahasa dan tersusun indah..al-maklum-lah CIKGU ] setiap impian  yang dikejar, pasti ada halangan..terpulang kepada individu untuk mengharungi rintangan dengan tabah, putus asa, asal buat atau lain-lain..dan sepanjang perjalanan yang ditempuhi  pasti kita akan diuji dengan kegagalan..roda dunia..kadang di atas..kadang di bawah..

apa yang pasti adalah, rancang dan buat yang terbaik untuk semua perkara..dan ingat..Tuhan telah merancang garis kehidupan yang terbaik untuk hambanya..kita sebagai manusia harus redha dan berusaha untuk memperbaiki keadaan yang kita hadapi saat ini..ingat! jangan lupa unutk bersyukur..

TEHEE dan selamat malam c:
suka like . tak suka komen :) hikhik

Thursday, June 16, 2011

senyum la sikit

senyum tak perlu kata apa-apa..senyum seindah suria..hahaa, okey kali ni, nak muhasabah diri sendiri..nak release tension sikit..awak yang tengah baca pun boleh ambil mana yang baik..yang keruh, dijadikan pedoman..pernah tak, awak impikan sesuatu..tapi tak pernah tercapai walaupun dah istiqamah [berusaha] ? saya pernah baca satu petikan nie, isi petikan tu lebih kurang macam nie:

sekiranya Tuhan tak makbulkan apa yang awak nak, bukan tanda Tuhan tak sayang, tapi mungkin Dia dah tentukan sesuatu yang lebih baik..

so, kalau 10 tahun lepas awak mempunyai cita-cita nak jadi doktor, hari ni awak jadi cikgu, ini rezeki awak..mungkin kalau 1o tahun lepas awak diberi peluang  masuk medical study, awak mungkin boleh tersasar atau gagal, atau terpengaruh dengan dunia sosial, awak tak akan jadi macam awak sekarang..

kalau awak diberi kekayaan dan rezeki sebesar gunung macam orang kaya-kaya yang awak kenal, mungkin, awak tak semulia sekarang..mungkin awak bongkak, sombong, takbur, lupa pada yang Esa...jadi kalau awak sekarang merungut dan boleh berikan seribu alasan, kenapa awak ditakdirkan apa yang terjadi pada diri awak sekarang, kenapa awak tak persoalkan berjuta kemungkinan yang bakal berlaku sekiranya doa awak termakbul dan hajat awak tercapai?

terimalah hakikat, hidup awak sekarang adalah kehidupan terbaik yang telah ditentukan oleh yang Maha Berkuasa..tak perlu menyesal..tapi perbaiki mana yang perlu..mungkin kita ada buat kesilapan yang kita tak sedar..
suka like . tak suka komen :) hikhik