Wednesday, August 15, 2012

penawar bagi penyakit hati-mu

assalamualaikum dan salam sejahtera. agak formal di situ . inilah diriku, yang mengamalkan formality dan gaya hidup bebas . emmm~ perlukah 'emmm~' untuk memulakan sesuatu topik ? persoalan menarik. okayyyy!!

tidak dinafikan hampir setiap manusia pernah mengalami penyakit hati. apa yang dimaksudkan dengan penyakit hati ? nifaq tu apa kak timah ? nifaq tu erti kata lain bagi penyakit hati . penyakit hati ne merupakan sifat yang ada hampir pada setiap manusia. iaitu sifat dimana menzahirkan kebaikan dan menyembunyikan kejahatan. kira macam talam dua muka la juga, depan baik, belakang jahat. tapi makna sebenar penyakit hati lebih dalam dari tu. kalau nak tahu juga terpaksa la google sendiri ..hehe :D walaubagaimanapun, penyakit hati ne ada penawarnya dan boleh dihindar. antara langkah yang boleh diambil ialah:

1. mengambil wuduk . wuduk ne mempunyai banyak keistimewaan, selain dapat menghindar penyakit hati ianya juga boleh menenangkan jiwa dan raga.

2. mengelakkan banyak cakap. lebih baik berdiam diri. meluah perasaan tu boleh tapi meluah pada orang yang betul dan benar benar memahami kita. setiap kata yang diluah boleh membawa seribu makna. silap silap hari bulan boleh jadi fitnah dan salah faham.. nauzubillah !

3. berkawan dengan orang yang soleh dan solehah.

4. mengamalkan doa penawar. iaitu:

Surah Al-Isra ayat 82

Surah Yunus ayat 57



banyak lagi sebenarnya langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan penyakit hati. apa yang penting adalah dari diri kita sendiri untuk mencari jalan penyelesaiannya, dan kezaman yang kental untuk benar benar berubah. sekian sahaja ceramah ringkas tapi padat dari ustazah pilihan minggu ini iaitu saya sendiri, salam sayang dari-ku, Wassalam :D weheee ~



suka like . tak suka komen :) hikhik

No comments:

Post a Comment