Wednesday, February 27, 2013

suara romantik berbisik

assalamualaikum dan salam satu romantik,  hehe :3

okay mungkin ramai yang agak menyampah atau tertanya tanya dengan kandungan atau intipati entri pada kali ne. waaah nampaknya bahasa melayu aku pada hari ini agak lancar. tak tahu lah semenjak hati terbuka nak ber-blog balik ne, bila nak merepek atau berkongsi pendapat di blog ne, susah sangat nak buat ayat. macam entah laa. bagi yang nak tahu atau tak nak tahu, aku dah berbelog ne sejak aku tingkatan 3, tapi aktif waktu tingkatan 5 dan berfikir nak tinggalkan dunia belog ketika umur aku 19 tahun..hehee..kenapa entri sikit jer? banyak aku dah buang kak Tijah. 

okay, kenapa dengan suara romantik berbisik? sebenarnya kalau diberikan pilihan antara filem melayu romantik moden dengan yang dulu dulu, aku lebih suka filem romantik dulu dulu..zaman zaman Awie tu, ada Erra, Yusri, Rosyam Nor, Nasha Aziz, dan banyak lagi..okay pendek kata, filem filem lama laa..bagi aku la kan, memang takdinafikan filem romantik zaman sekarang agak maju dan tak kurang hebatnya, tetapi jika dibandingkan, filem filem dahulu lebih memberi impak maksima laa, walaupun kurang babak babak romantik, seperti peluk peluk, ataupun babak makan malam bersuap suap semua tapi kalau romantik tu, romantik juga walaupun hanya bertentang mata, babak sedih tu, sedih juga walaupun yang hanya nampak mata pelakon menangis, ataupun kalau babak babak marah tu rasa geram jerr, benci benci benci..*amboi!! kenapa agaknya? 

Tiga faktor yang aku dapat simpulkan kenapa filem romantik zaman dahulu lagi romantik dari filem sekarang. 
  • pertama, penggunaan kata kata, sangat bertatabahasa, dramatik, kosa kata pun agak agak laa juga..kadang kadang tu sampai tak faham..
  • kedua, pelakon dia cakap sikit jer, yang banyak cakap dalam hati, seperti kebiasaan benda paling dekat dengan kita, bercakap dalam hati..apa apa benda kita buat, cakap dalam hati..
  • ketiga, nada yang perlahan, suara serak serak sikit sebab guna nada rendah. dari tiga faktor tersebut aku pendekkan dan simpulkan lagi menjadi suara romantik berbisik..hehe 

setakat ne saja pendapat aku mengenai filem romantik melayu yang bersuara romantik berbisik..salam sayang, bye ! terima kasih kerana sudi membaca :)

suka like . tak suka komen :) hikhik

No comments:

Post a Comment