Thursday, February 21, 2013

siapa guru awak ? awak seorang guru ?

Assalamualaikum dan salam Jumaat :3

okay mungkin agak skema dan agak agak agak juga lah tajuk post di atas, tapi hapeee akuh peduli, pedulikan ! upss bukan marah, saja jak gedik sikit . hehe.

okay, baru baru ne, aku ada ikut seminar Jiwa Guru anjuran kampus kitorang, memang best. tengah tengah dengar seminar tu, ada lah satu penceramah ne, memang berpengalaman dalam perihal keguruan. tengah tengah penceramah ne berceramah, ookay, mungkin banyak sangat tengah, tapi ketengah dan ketepikan hal tengah tengah tu, ada laa sepotong ayat yang dia cakap yang cukup menarik perhatian aku. "setiap orang bermula dari seorang guru" Betul!! sangat sangat betul. cakap mana mana pekerjaan pun, memang bermula dari seorang guru.

tapi bukan itu benda yang terbuku di hati ne, sebenarnya aku nak berkongsi pendapat dan buah fikiran mengenai hal "guru-berguru" ne. bagi aku, semua orang di dunia ne secara langsung ataupun tak, masing masing ada guru masing masing. tak kira lah dalam bidang apa pun. apa yang awak jadi atau apa yang awak ada sebenarnya adalah hasil daripada dengan siapa awak berguru. guru tu mungkin boleh dari kalangan kawan, idola, ayah, teman lelaki, kakak angkat, pak Samad, Mak Milah, ataupun Kak Kalsthom *ejaan glamour . apa yang mereka ajar ? tak kisah, mungkin dari benda remeh temeh seperti adat dan sopan. contohnya, lepas awak makan, awak kenyang, lepas tu mengantuk, dan menguap. tetiba teman wanita awak pun tegur "wak, kalau menguap tutup mulut". ataupun untuk benda yang susah, contohnya  awak, awak baru bekerja sebagai seorang pembuat minuman di warung roti canai, untuk hari pertama awak hanya tahu buat milo, lepas tu, pembuat minuman senior pun tolonglah ajar awak buat teh, lepas tu kopi dan lain lain. okay, pendek kata, tak kira lah sekecil atau sebesar mana benda yang kita belajar dengan orang lain dan kita buat benda tu berterusan, orang tu adalah guru kita. mungkin awak juga seorang guru? siapa tahu.

okay aku rasa setakat ne ja yang mampu ditaip, abis mak yang saya sayangi nak guna komputer ne haaa~
kalau ada salah silap harap dimaafkan, kalau rasa ada benda salah betulkan..okay tu jer,terima kasih kerana sudi membaca, salam sayang dariku :3

suka like . tak suka komen :) hikhik

No comments:

Post a Comment