Wednesday, October 9, 2013

terbuka hati . terbuka blog . terbuka minda

Assalamualaikum :)

Agak lama membiarkan warkah, kalam, buah fikiran yang sudah kusam ini. DRAMATIK! wuhuuuu~ al-maklum, apabila anda sudah bergiat dengan banyak kerja luar, kuliah, komitmen kerja, anak, laki, bini, dan macam-macam lagi, hobi yang menjadi pengisi masa lapang ini agak sukar diselitkan dalam akiviti harian. al-maklum sekali lagi, tiada masa lapang. atau should I say, takde masa lapang :)

Apa-apa pun, bila baca balik nukilan lama, tengok-tengok, belek-belek, sengih-sengih dan eeeeh-eeeeeeh eeeeh-eeeeh..rindu pula waktu zaman-zaman kegilaan blog, sampai sanggup bangun tengah malam semata-mata nak kongsi buah fikiran. Tiba-tiba pulak timbul kesedaran yang, kehidupan ne tak kekal, apa yang kita ada dulu takkan kekal hingga kini, apa yang kita ada sekarang mungkin takda untuk esok. Takpe lah Kak Bedah. Inilah kehidupan, kematangan akan mengajar segala-galanya. dan pengalaman. dan juga kesilapan. dan mungkin mak kiterr pun ada ajar sikit. mungkin banyak. bapa kiter pun laaa. okay mungkin nenek, atuk, pak cik mak cik, cikgu BM, BI, Maths bla bla bla bla bla *merapu

Pedulikan semua tu, yang penting, apa-apa yang penting utamakan. apa yang kurang penting kurang utamakan. kepentingan tu bergantung dengan individu masing-masing. dan kepentingan setiap individu tu berubah mengikut masa, umur, ketika, keperluan dan lain-lain. macam blog ne. terbang mengikut masa. harap-harap tak sesat. HEHE

hingga ketemu lagi, Adios Amigossssssss
XOXO :)

suka like . tak suka komen :) hikhik

Wednesday, February 27, 2013

suara romantik berbisik

assalamualaikum dan salam satu romantik,  hehe :3

okay mungkin ramai yang agak menyampah atau tertanya tanya dengan kandungan atau intipati entri pada kali ne. waaah nampaknya bahasa melayu aku pada hari ini agak lancar. tak tahu lah semenjak hati terbuka nak ber-blog balik ne, bila nak merepek atau berkongsi pendapat di blog ne, susah sangat nak buat ayat. macam entah laa. bagi yang nak tahu atau tak nak tahu, aku dah berbelog ne sejak aku tingkatan 3, tapi aktif waktu tingkatan 5 dan berfikir nak tinggalkan dunia belog ketika umur aku 19 tahun..hehee..kenapa entri sikit jer? banyak aku dah buang kak Tijah. 

okay, kenapa dengan suara romantik berbisik? sebenarnya kalau diberikan pilihan antara filem melayu romantik moden dengan yang dulu dulu, aku lebih suka filem romantik dulu dulu..zaman zaman Awie tu, ada Erra, Yusri, Rosyam Nor, Nasha Aziz, dan banyak lagi..okay pendek kata, filem filem lama laa..bagi aku la kan, memang takdinafikan filem romantik zaman sekarang agak maju dan tak kurang hebatnya, tetapi jika dibandingkan, filem filem dahulu lebih memberi impak maksima laa, walaupun kurang babak babak romantik, seperti peluk peluk, ataupun babak makan malam bersuap suap semua tapi kalau romantik tu, romantik juga walaupun hanya bertentang mata, babak sedih tu, sedih juga walaupun yang hanya nampak mata pelakon menangis, ataupun kalau babak babak marah tu rasa geram jerr, benci benci benci..*amboi!! kenapa agaknya? 

Tiga faktor yang aku dapat simpulkan kenapa filem romantik zaman dahulu lagi romantik dari filem sekarang. 
  • pertama, penggunaan kata kata, sangat bertatabahasa, dramatik, kosa kata pun agak agak laa juga..kadang kadang tu sampai tak faham..
  • kedua, pelakon dia cakap sikit jer, yang banyak cakap dalam hati, seperti kebiasaan benda paling dekat dengan kita, bercakap dalam hati..apa apa benda kita buat, cakap dalam hati..
  • ketiga, nada yang perlahan, suara serak serak sikit sebab guna nada rendah. dari tiga faktor tersebut aku pendekkan dan simpulkan lagi menjadi suara romantik berbisik..hehe 

setakat ne saja pendapat aku mengenai filem romantik melayu yang bersuara romantik berbisik..salam sayang, bye ! terima kasih kerana sudi membaca :)

suka like . tak suka komen :) hikhik

Thursday, February 21, 2013

siapa guru awak ? awak seorang guru ?

Assalamualaikum dan salam Jumaat :3

okay mungkin agak skema dan agak agak agak juga lah tajuk post di atas, tapi hapeee akuh peduli, pedulikan ! upss bukan marah, saja jak gedik sikit . hehe.

okay, baru baru ne, aku ada ikut seminar Jiwa Guru anjuran kampus kitorang, memang best. tengah tengah dengar seminar tu, ada lah satu penceramah ne, memang berpengalaman dalam perihal keguruan. tengah tengah penceramah ne berceramah, ookay, mungkin banyak sangat tengah, tapi ketengah dan ketepikan hal tengah tengah tu, ada laa sepotong ayat yang dia cakap yang cukup menarik perhatian aku. "setiap orang bermula dari seorang guru" Betul!! sangat sangat betul. cakap mana mana pekerjaan pun, memang bermula dari seorang guru.

tapi bukan itu benda yang terbuku di hati ne, sebenarnya aku nak berkongsi pendapat dan buah fikiran mengenai hal "guru-berguru" ne. bagi aku, semua orang di dunia ne secara langsung ataupun tak, masing masing ada guru masing masing. tak kira lah dalam bidang apa pun. apa yang awak jadi atau apa yang awak ada sebenarnya adalah hasil daripada dengan siapa awak berguru. guru tu mungkin boleh dari kalangan kawan, idola, ayah, teman lelaki, kakak angkat, pak Samad, Mak Milah, ataupun Kak Kalsthom *ejaan glamour . apa yang mereka ajar ? tak kisah, mungkin dari benda remeh temeh seperti adat dan sopan. contohnya, lepas awak makan, awak kenyang, lepas tu mengantuk, dan menguap. tetiba teman wanita awak pun tegur "wak, kalau menguap tutup mulut". ataupun untuk benda yang susah, contohnya  awak, awak baru bekerja sebagai seorang pembuat minuman di warung roti canai, untuk hari pertama awak hanya tahu buat milo, lepas tu, pembuat minuman senior pun tolonglah ajar awak buat teh, lepas tu kopi dan lain lain. okay, pendek kata, tak kira lah sekecil atau sebesar mana benda yang kita belajar dengan orang lain dan kita buat benda tu berterusan, orang tu adalah guru kita. mungkin awak juga seorang guru? siapa tahu.

okay aku rasa setakat ne ja yang mampu ditaip, abis mak yang saya sayangi nak guna komputer ne haaa~
kalau ada salah silap harap dimaafkan, kalau rasa ada benda salah betulkan..okay tu jer,terima kasih kerana sudi membaca, salam sayang dariku :3

suka like . tak suka komen :) hikhik

Thursday, January 24, 2013

SAYA WANITA MATERIALISTIK


Assalamualaikum, jawab sayang, tak jawab POYO :D

Semestinya  ada yang tak terkejut atau ada yang terkejut atau ada yang buat buat tekejut dengan tajuk tu, okay tak pelaaah..pedulikan tajuk yang POYO tu..saya percaya, hampir semua orang atau seluruh  manusia  kat dunia ne berpandangan negatif terhadap wanita materialistik. Tapi saya tak. Saya memandang wanita wanita dari golongan ini dengan penuh minda yang terbuka dan tenang..wah positifnya saya.

Untuk dijadikan cerita, kawan aku yang satu ne, ada tanya, “Yanie, salahkah aku jadi perempuan materialistik? “ okay jawapannya,  adalah, TIDAK!!

Dalam islam pun ada menggalakkan para golongan lelaki mahupun perempuan untuk mencari pasangan hidup dari empat aspek, pertama dari Agamanya, kedua dari akhlaknya, ketiga dari rupa parasnya, dan yang keempat dari harta bendanya. Mesti hairan kan, kenapa Islam meletakkan garis panduan mencari pasangan di mana salah satunya mementingkan aspek harta benda.

Secara positif , rasional dan lagi bernasnya, harta benda dititikberatkan kerana, takkanlah nak cari bakal pasangan terutama calon suami dari golongan fakir miskin? Kan setelah berkahwin, suami bakal menjadi khalifah dalam sesebuah keluarga, nak bagi nafkah kat keluarga..besar tanggungjawapnya. Takkanlah isteri nak bagi nafkah kot..apalah erti sesebuah rumah tangga yang dibina kalau hanya mampu membawa kepada masalah kepada diri sendiri mahupun orang lain.. 

kalau diberi pilihan, antara dua lelaki yang mempunyai sama peribadi, sama kacak, agama pun boleh tahan, perbezaan hanya taraf dan kedudukan, seorang miskin dan yang satu lagi kaya..saya tak salahkan mana mana perempuan yang memilih lelaki yang kaya tadi. sebab untuk masa depan dia juga kan? memang lah jodoh, rezeki, kematian dan lain lain tu kuasa Allah SWT.

apa yang saya nak highlight-kan adalah, para para sekalian kumpulan manusia yang memandang hina kepada golongan materialistik ne, bertaubatlah kak jenab, kak bedah mahupun abang salleh..mereka ne cuma berfikiran lebih terbuka dan memandang jauh kehadapan terhadap masjid dan keluarga kecil yang mereka bakal bina suatu hari nanti. okay masalah cinta ikhlas atau tidak sebab harta tu, saya tak nak sentuh..sebab sejauh mana keikhlasan hati manusia, hanya yang Maha Esa saja yang tahu :D

salam sayang dariku, gossip curl *bajet gossip girl laa tu 
XOXO

suka like . tak suka komen :) hikhik

Wednesday, August 15, 2012

penawar bagi penyakit hati-mu

assalamualaikum dan salam sejahtera. agak formal di situ . inilah diriku, yang mengamalkan formality dan gaya hidup bebas . emmm~ perlukah 'emmm~' untuk memulakan sesuatu topik ? persoalan menarik. okayyyy!!

tidak dinafikan hampir setiap manusia pernah mengalami penyakit hati. apa yang dimaksudkan dengan penyakit hati ? nifaq tu apa kak timah ? nifaq tu erti kata lain bagi penyakit hati . penyakit hati ne merupakan sifat yang ada hampir pada setiap manusia. iaitu sifat dimana menzahirkan kebaikan dan menyembunyikan kejahatan. kira macam talam dua muka la juga, depan baik, belakang jahat. tapi makna sebenar penyakit hati lebih dalam dari tu. kalau nak tahu juga terpaksa la google sendiri ..hehe :D walaubagaimanapun, penyakit hati ne ada penawarnya dan boleh dihindar. antara langkah yang boleh diambil ialah:

1. mengambil wuduk . wuduk ne mempunyai banyak keistimewaan, selain dapat menghindar penyakit hati ianya juga boleh menenangkan jiwa dan raga.

2. mengelakkan banyak cakap. lebih baik berdiam diri. meluah perasaan tu boleh tapi meluah pada orang yang betul dan benar benar memahami kita. setiap kata yang diluah boleh membawa seribu makna. silap silap hari bulan boleh jadi fitnah dan salah faham.. nauzubillah !

3. berkawan dengan orang yang soleh dan solehah.

4. mengamalkan doa penawar. iaitu:

Surah Al-Isra ayat 82

Surah Yunus ayat 57



banyak lagi sebenarnya langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan penyakit hati. apa yang penting adalah dari diri kita sendiri untuk mencari jalan penyelesaiannya, dan kezaman yang kental untuk benar benar berubah. sekian sahaja ceramah ringkas tapi padat dari ustazah pilihan minggu ini iaitu saya sendiri, salam sayang dari-ku, Wassalam :D weheee ~



suka like . tak suka komen :) hikhik

Wednesday, July 11, 2012

another fly story

assalamualaikum and a very pleasant hi to allofya :D 
*allow me to speak English today..hikhik *buang tebiat..

 i was planning on changing the icon for the back-to-the-top button..so, what should i put ? because of the URL of my blog is terbang..so i was thinking to put on something that can fly..maybe bird but it was too common..as paper airplane it was too hard to find..*POP!! ahaaa..hot air balloon..and i googled..and i found something that  . . .


look at that..comel kan? even i don't know what is that thing :)

there's also the DIY hot air balloon :3

can you believe that it is a cake? delicious ha ?


it is also comes in something that you can put on the wall . nice !

awwwwwww~ let me fly ! i want to be there =.=

so that's all . the end . hot air balloon . and fly :) ohyaa, still, i haven't found the icon for my button !

suka like . tak suka komen :) hikhik

Tuesday, July 10, 2012

awan yanie-ah

okay tau tajuk tu agak gedik..adalah perasan bajet awan dania kat situ..tapi macam ala-ala gedik laa..hahah..

ASSALAMUALAIKUM wahai saudara dan saudari semueee-nyee :D
hari ne macam feel feel terbang, rasa nak bebas, agak agak laa juga..hahahahha..hari ne sebenarnya I hangout dengan kawan..perlu ka mention nama? okay just to let u guys know laa kan, saudari nana , kak aisyah , saudara arief, dan itu sahaja lah..boleh laa kelik link kalau nak kenal kenal dengan member wa !  

masa dalam perjalanan menuju ke destinasi, kita lalu jalan sebelah dia pantai, terus nampaklah awan awan bertaburan di langit biru [tak tahu la bertaburan ka, bertebaran ka, berkepul kepul? hentam je laa labu]..subhanaAllah cantik gilee..hehe..

lebih kurang macam ne laa, bukan aku yang tangkap gambar ne, ne aku google jerr :b


so what's up with the cloud ? nothing much..i just felt like i was on vacation you know..like you know :b so warning to the readers, please avoid my gedik-ness..it's seems like a virus which may spread rapidly among you guys..avoid!! pleasee =.=

leave me..bye :D 



suka like . tak suka komen :) hikhik

Monday, July 2, 2012

berhati hati atau bersangka buruk ?

assalamualaikum dan selamat sejahtera..ooh mungkin lebih patriotisme dan afdhal dengan ucapan salam satu Malaysia..weehee~~

emmmm..nak mula macam mana "EKK" ? [agak terlebih ekk dan gedik di situ] mula dengan contoh lah..okay cerita di bawah tak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia..pernah tak awak mengalami situasi di mana, awak lepas beli barang kat kedai, lepas tu on the way awak balik rumah kan, awak terjumpa dengan sekumpulan pemuda lelaki ne, sebagai seorang perempuan apa first impression youalls kat mereka mereka tu ? 

atau pun, awak nak pergi service kereta, tapi masa tu, awak terpaksa laa pula pergi sorang..bila sampai ja kat bengkel tu, tengah awak tunggu tunggu abang mekanik nak tengok tengokkan kereta awak yang mahal tu, adalah beberapa orang yang berpakaian selekeh yang berjalan menuju kat tempat awak..soalan yang sama, apa first impression awak time tu?

mesti korang rasa "alamak, siapa pula mamat mamat ne, SCARY laa..dah lah muka macam penyangak, tak tahu malu ke?" gelisah, takut, gementar..

hmmm..mesti pernah rasa atau melalui situasi kat atas kan? kalau tak banyak sikit, kalau tak sama tapi hampir sama situasi kan? kan ? kan ? bagi pendapat saya laa kan, mempunyai sifat berhati hati tu bagus, tapi kalau dah sampai semua orang lalu lalang tu pun kita anggap penyangak, perogol, pencuri, penjahat atau apa apa pe- yang bersifat negatif..*WHATEVER~~ kan namanya berburuk sangka tu kak jah..kita manusia, dia manusia..mungkin awak cantik, tapi dia tak berapa nak lawa..tapi masih lagi dia manusia juga kan..tak semestinya orang muka tak cantik tu jahat..muka cantik tu baik..tak semestinya orang yang berpakaian selekeh tu pencuri kan? mana lah tu, mamat yang lalau tu tukang kebun ka, abang jual kuih ka, dunia ne luas, banyak benda kita tak dapat jangka, kadang kadang tu, sesetengah peristiwa, mimpi, atau kejadian tak dapat ditafsir tau..even buku yang ditulis oleh penulis terhebat tu pun tak dapat jawap semua persoalan..coretan sekadar pandangan..fikir fikirkan..renung renungkan..

itu kata kata dari saya :D awak pula bagaimana ? 

suka like . tak suka komen :) hikhik

Monday, June 18, 2012

takut buat silap ?

assalamualaikum . jawaplaa kalau berani . haha :D 

okay, lamanya tak buat entri . okay, back to the header , what's up with it yooo ? okay, agak gedik di situ dan terlalu banyak okay, okay stop ! sebenarnya, lama dah tak buat bloggie bloggie entri entri segala ne menyebabkan saya agak kekok dan agak blur . 

cerita dia macam ni, okay mungkin bukan cerita tapi lebih kepada persoalan . persoalan dia adalah, kenapa ramai ramai orang kita orang melayu ni sangat takut untuk membuat kesilapan ? cuba bayangkan, berapa ramai antara kita ne yang berani bercakap bahasa Inggeris ? berapa ramai antara kita yang volunteer untuk jawap soalan kat hadapan kelas bila cikgu bagi soalan ? berapa ramai juga di antara kita yang berani tanya maksud kalau masa berbual tu ada perkataan yang kita tak tahu ? nampak macam benda remeh , tapi tak ramai yang berani buat . sebab apa ? sebab takut buat kesilapan, sebab takut kena gelak oleh kawan, sebab takut nampak bodoh . hello!  kak timah, kak jah dan abang man, awak nak nampak bodoh dalam masa 5 minit ka atau bodoh selama-lamanya ? 

benda jadi lucu bila persepsi manusia ne berubah mengikut situasi. contohnya, hampir semua orang setuju bila cakap pasal sikap orang yang suka bertanya ne adalah sikap mulia . dan bila masa nak buat pulak, persepsi berubah menjadi "alaaaa~ tak payah laa..nanti ada orang gelak" . saya tabik dan berbangga kepada mereka mereka yang berani post status atau tweet atau buat entri dalam English walaupun...haaa..walaupun agak salah dan silap di situ..takpee..orang baru belajar..dan awak kak jaah, jangan laa kasi ketawa..sepatutnya bila orang buat silap tegur dan betulkan..ne ketawa dan mengata? isk isk isk..

as a conclusion, *let me speak in English for a while yee kak timah, people out there, never ever afraid to make any mistakes especially doing something which is new for you. the intelligent once said it's okay to be the at the bottom for now, because another way to go is to the top ! 


fly to the top ! fly baby fly ! okay, gedik! stop, bye :)

suka like . tak suka komen :) hikhik

Monday, August 1, 2011

Maafkan aku

astagfirullah al azim.. astagfirullah al azim..astagfirullah al azim..apa yang telah terjadi? dosa menyelubungi diri..bukan saja diri ku yang hina ini...malah muslimat yang lain pun juga terlibat sama...Ya Allah..kenapa dosa yang disangka kecil ini..rupanya telah memakan diri sendiri..

Tahukah pembaca, banyak-banyak dosa yang kita lakukan, cuma satu dosa yang Allah SWT tidak akan ampunkan walaupun kita melakukan taubat nasuhah dengan istiqamah..?.ianya dosa mengumpat...menurut apa yang saya dengar dari salah seorang rakan taulan ku di IPG ne, Allah tak akan mengampunkan dosa hambanya yang mengumpat selagi kita tidak minta maaf kat orang yang kita pernah umpat..

oleh tu, di bulan yang mulia ne, jangan segan silu, jangan malu-malu untuk mengungkapkan kata maaf kepada rakan-rakan atau sesiapa sahaja yang berada di sekeliling kita...walaupun kita rasa kita tak pernah buat salah..ya laa..mana tahu..kita pernah buat silap tanpa disedari? lagipun, tak rugi apa-apa kalau kita meminta maaf..di-kesempatan ni, saya tak nak terlepas tuk meminta maaf kalau pernah terkata, terhina atau terumpat mana-mana pihak..I'M SORRY!!

TEHEEEEEE.. maafkan diriku...

suka like . tak suka komen :) hikhik

why am i worried about you ?

"aku tak tahu kenapa aku risau..inilah akibat kekurangan EI [emotional intelligence] .tapi mungkin, aku risau sebab aku takut kau sedih..aku takut kau benci aku..well, i know, sesiapa di dunia ne tiada hak untuk menghalang atau men-salah-kan orang lain untuk meng-ekspresikan perasaan masing-masing...yaa..bukan hak aku...tapi yang paling merisaukan adalah..kalau kau menjauh dari aku...sebab, kau penting dalam hidup aku..KAWAN!! kerisauan aku yang seterusnya adalah, jika hati kata benci, kemudian jasad menjauh dari diri ini, musuh pasti akan ber-maharaja lela di sempadan persahabatan kita.,..tenang tenang..aku perlu tenang.."



pembaca yang dihormati sekalian, saya mulakan pembukaan pada entri kali ini dengan salam, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..penyakit hati selalu menjadi salah satu masalah yang dihadapi oleh mana-mana individu.so, sini saya nak bagi tips atau langkah-langkah yang digalakkan oleh Islam..

langkah-langkahnya adalah:
1. berpuasa sunat
2. melakukan qiamulail
3. membaca al-quran
4. berkawan dengan orang alim [minta nasihat, atau banyakkan bertanya jika ada sebarang kemusykilan]
5. banyakkan berzikir

insyallah masalah hati akan beransur kurang..amin~mengenai introduction perenggan pertama yang bertulisan italic tu, mesti korang tertanya-tanya kan? yaaa...ia hanyalah sekadar pengalaman yang pernah saya lalui..dan sedikit perkongsian terhadap topik kali ini..iaitu penyakit hati..saya pasti, mana-mana individu pun pernah melalui benda yang sama..

TEHEEEE.. and <3 my friends and readers..

suka like . tak suka komen :) hikhik

Thursday, July 28, 2011

siapa awak ?

melihat , memerhati, membaca dan mendengar luahan , kata-kata , reaksi manusia mengenai kehidupan membuatkan saya berfikir dan terus berfikir dan berfikir lagi..dan berfikir sehingga saya bosan untuk berfikir..[ayat ku cantik kan ? ] berfikir mengenai siapa diri aku, siapa diri AWAK yang sebenarnya ?

mengenali diri sendiri tidak dapat di-uji melalui ujian, peperiksaan atau apa-apa yang berkenaan dengan kertas dan pen biru atau hitam..atau di-tanda [mark] dengan pen merah..ia-nya mengenai memahami diri sendiri..mengenali sifat diri..mengenali kekurangan dan kelebihan diri..

bercakap mengenai kelemahan dan kekuatan diri bukanlah sesuatu yang harus dimalukan atau dibangga-banggakan atau riak..atau yang sewaktu dengannya..ia-nya mengenai bersyukur dan mengekalkan kelebihan yang ada dan memperbaiki kekurangan yang dimiliki..ooohya, satu lagi konsep yang disalah ertikan ialah...bodoh / berbadan kecil tidak semestinya lemah...pandai / berbadan besar tidak semestinya kuat...bak kata Lisa Surihani dalam show AC di sini,[lebih kurang] "setiap manusia dianugerahkan kelebihan tersendiri..ada yang dianugerahkan otak yang bijak..ada yang dikurniakan kemahiran/bakat..tak semestinya, orang yang kurang berpelajaran tidak boleh berjaya..ada juga yang kaya atau jutawan hasil daripada bakat.."

sebagai contoh..mungkin kita lemah maths...tapi memori kita kuat meng-ingat semua fakta terutama sejarah..atau..mungkin kita gagap dalam komunikasi..tapi kita sangat bagus dalam writing ..atau..mungkin kita gagal SPM..tak semestinya kita tak boleh hidup...jadi miskin lah..bakat terpendam? sapa tahu kita boleh jadi jutawan melalui-nya?

saya kata pula , "pendek kata, pelajaran bukan kayu ukur untuk sesuatu kejayaan..apa yang penting untuk berjaya dalam hidup, atau menjadi kaya raya/ jutawan , atau mencapai cita-cita, atau apa-apa yang nak dikecapi..yang penting sekali lagi saya tekankan adalah usaha yang berterusan tanpa putus asa..kalau kita takda rezeki kat bidang pendidikan..mungkin rezeki luas kat bidang kemahiran" oleh itu, kenali diri..

berbanggalah kita menjadi / dilahirkan dengan apa yang kita ada sekarang..

kelik like jika suka..TEHEEEE
suka like . tak suka komen :) hikhik

Monday, July 25, 2011

LUCU wey !!

have you heard bout the FB-chatting virus? my first thought  when i heard about it was, ooowh, yang the link .. [don't click the link if not it will spread to another chat box] ..
then one night, me and yana, we trying so hard to access the wifi..she even couldn't accessed it through her broadband..finally when i managed to get through, there's a girl..sent me a message 'hi. how are you? ' i thought she was my relatives or kinda friend or something..stupid me...saya reply chat dari that girl...haahaaa..then, just in a few second..my laptop hang..haahaa
the conversation something like this:

hackers: hi. how are you?
me: fine.. who's this?
hackers: funny..wanna laugh
me: y?
hackers: you are on video . wanna see?
me; can i?

[then laptop was hanged ]

and i was like..OKEY...what happen ?..then, my friends told me that i was hacked by the hackers...kinda virus something like that..


TEHHEEEEE...[okey..it's not funny at all..never mind...ketawa saja laaa]
suka like . tak suka komen :) hikhik

Thursday, July 21, 2011

mana kotak komen ?

kotak komen atau 'comment box' untuk belog aku ni, bukan hilang atau dicuri oleh stalker atau kena hacked oleh  musuh atau benda-benda yang berkaitan..kotak komen kat belog nie tengah disembunyikan atau 'hide'..kenapa? sebab, belog aku ni dalam proses pembaikpulih atau penambahbaikan atau makeover, atau renovation, atau modification, atau lain-lain..

perancangan, nak letak facebook comment kat [setiap] bawah post atau entri..tapi tu laa..tangguh tangguh tangguh dan tangguh..al-maklum-lah sibuk..dan sekali lagi al-maklum-lah CIKGU..haaha

k, bye dan TEEHEE
suka like . tak suka komen :) hikhik

pengajaran yang mengajar

sepanjang berada di dunia impian kedua ibu dan bapa ku, orang putih habaq "living my parents' dream" ne, satu pengajaran yang saya dapat ialah [ya ! saya tahu, ayat sangat skema, ber-tatabahasa dan tersusun indah..al-maklum-lah CIKGU ] setiap impian  yang dikejar, pasti ada halangan..terpulang kepada individu untuk mengharungi rintangan dengan tabah, putus asa, asal buat atau lain-lain..dan sepanjang perjalanan yang ditempuhi  pasti kita akan diuji dengan kegagalan..roda dunia..kadang di atas..kadang di bawah..

apa yang pasti adalah, rancang dan buat yang terbaik untuk semua perkara..dan ingat..Tuhan telah merancang garis kehidupan yang terbaik untuk hambanya..kita sebagai manusia harus redha dan berusaha untuk memperbaiki keadaan yang kita hadapi saat ini..ingat! jangan lupa unutk bersyukur..

TEHEE dan selamat malam c:
suka like . tak suka komen :) hikhik

Thursday, June 16, 2011

senyum la sikit

senyum tak perlu kata apa-apa..senyum seindah suria..hahaa, okey kali ni, nak muhasabah diri sendiri..nak release tension sikit..awak yang tengah baca pun boleh ambil mana yang baik..yang keruh, dijadikan pedoman..pernah tak, awak impikan sesuatu..tapi tak pernah tercapai walaupun dah istiqamah [berusaha] ? saya pernah baca satu petikan nie, isi petikan tu lebih kurang macam nie:

sekiranya Tuhan tak makbulkan apa yang awak nak, bukan tanda Tuhan tak sayang, tapi mungkin Dia dah tentukan sesuatu yang lebih baik..

so, kalau 10 tahun lepas awak mempunyai cita-cita nak jadi doktor, hari ni awak jadi cikgu, ini rezeki awak..mungkin kalau 1o tahun lepas awak diberi peluang  masuk medical study, awak mungkin boleh tersasar atau gagal, atau terpengaruh dengan dunia sosial, awak tak akan jadi macam awak sekarang..

kalau awak diberi kekayaan dan rezeki sebesar gunung macam orang kaya-kaya yang awak kenal, mungkin, awak tak semulia sekarang..mungkin awak bongkak, sombong, takbur, lupa pada yang Esa...jadi kalau awak sekarang merungut dan boleh berikan seribu alasan, kenapa awak ditakdirkan apa yang terjadi pada diri awak sekarang, kenapa awak tak persoalkan berjuta kemungkinan yang bakal berlaku sekiranya doa awak termakbul dan hajat awak tercapai?

terimalah hakikat, hidup awak sekarang adalah kehidupan terbaik yang telah ditentukan oleh yang Maha Berkuasa..tak perlu menyesal..tapi perbaiki mana yang perlu..mungkin kita ada buat kesilapan yang kita tak sedar..
suka like . tak suka komen :) hikhik

are you living your dreams?

achuuuum ! bersin plak..assalamualaikum semua..haaha.. lamanya tak bersua muka dengan belog ku yang tak seberapa ini...malas laa nak update ..hee~ okey secara pendeknya, nak kongsi sikit perkembangan hidup saya nie...sekarang saya berada di rumah..tapi tak lama lagi nak futher study kat maktab perguruan gaya..ambil TESL..nak jadi cikgu..umur dah 18..haahaa, tak terasa betul..tak lama lagi nak raya..yeeyee!! makanan banyak..wow bestnyee!


kenapa cikgu?

well, nie impian emak saya..cita-cita mak kita dulu nak jadi cikgu tapi tak kesampaian..rezeki mak saya kat telekom malaysia..haaha..nak kata saya tak ada impian.., semua orang kat dunia nie mesti laa ada..termasuklah saya..cita-cita nak jadi doktor..tapi tak apa laa..mak dah mengharap saya jadi cikgu..so..this is for u mom..

so guys, are you living your dream? kalau ada apa-apa, leave your comment kat chitchat saya..nanti cikgu baca..heee~ TEEHEE with <3

suka like . tak suka komen :) hikhik

Friday, May 6, 2011

belog aku lawa

kali ne guna template yang lebih simple..simple mimple is better than messy like crazy..haahaa..nampak kosong kan..tak pa laa..jiwa aku kosong sekarang ne..tenang macam air sungai..tak macam ombak laut..haaha..

ohyaa..untuk pengetahuan awak semua..nama blog aku yang baru ne, "pit-pitu p3" tu, adalah nama panggilan aku..orang putih cakap nick name..heehe..familiano aku panggil aku pit..kawan-kawan aku panggil aku pitu..kawan-kawan sms aku panggil aku p3..haahaa..

hijau itu cemburu..apa-apa pun..salah satu benda hijau aku suka..selain jam tangan..adalah dinasour..comel lagi dinasour daripada domokun..hahhaa..


JIKA SUKA Ke-LIK LIKE 

suka like . tak suka komen :) hikhik

Tuesday, April 19, 2011

mata

mata..mata..mata..
syaitan iblis berkata-kata...
kiri pujuk, rayu kanan ku juga..
lihat yang indah, aku mengata..
benda jelik ku hina-hina..
dengan mata aku tergoda..

mata..mata..mata..
mata suka lihat manusia..
punggung dada itu lihatnya..
tengok benda haram itu hobinya..
kitab kalamullah tak pernah buka..
dengan mata aku tergoda..

mata..mata..mata..
aku bersyukur memilikinya..
dengan mata aku melihat dunia..
ku nilai kebenaran melaluinya..
baik buruk mata hakimi  bersama minda..
ku harap dapat menjalani liku hidup di jalan diredhai bersama MATA..

hari nie mood buat sajak..haaha..yehaaa..!! hope u like it..saya suka tengok mata..mata manusia penuh rahsia..mata boleh lihat segalanya..baik luar baik dalaman manusia..mata pandai menilai..mata juga lebih jujur dari kata-kata..ada manusia dilahirkan istimewa..matanya boleh melihat sesuatu yang luar biasa..mungkin jin..hantu..?? mungkin juga..ada juga lahir tanpa mata..ini kerana TUHAN dah tentukan nasibnya lebih baik tanpa mata..haahaa..mata..mata..mata...dengan mata aku tergoda..heehe..okey laa..mata kata stop baca..sebab dah habis rupanya..takda idea..

ILYSM c:

.

suka like . tak suka komen :) hikhik

Tuesday, April 12, 2011

lembu-lembu-ku!!


semalam beli baju-baru-lembu a.k.a laptop-sticker-lembu untuk laptop kat rumah..heehe..semaaat kan?




lepas tu, masa jalan-jalan cari pasal..eh! jalan-jalan cari barang, jumpa pula selipar-rumah-lembu..heehe..



semmmaaat kan? MOOOOOOOOO~
<3

p/s: emmm..nak tahu juga, okey tak skill potograpi aku ne? tengah belajar tangkap gambar..heehe


suka like . tak suka komen :) hikhik